Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Sri Muara Lukut

Wednesday, November 19, 2008

Sejarah Pertubuhan Gerakan Belia 4B Rumah Murah Kuala Lukut

Dah sampai masanya untuk gua cerita sikit tentang latar belakang kampung Rumah Murah Kuala Lukut ni."Sebonarnya tompek ni bukanla kampung,tapi taman je".Taman ni kecik je,adalah dalam 150unit rumah.Kalau nak diikutkan alamat taman ni,Rumah Rakyat Kuala Lukut tapi disebabkan harga rumah masa zaman 70an tu sekitar RM25 ribu je.Dengan cara tak langsung dapat la nama Rumah Murah disebabkan harga rumah.Taman ni juga antara yang terawal kat Port Dickson berbanding yang lain-lain.Walaupun taman,tapi orang-orang kat sini semuanya masih lagi mengamalkan kehidupan seharian seperti di
kampung.
Aktiviti yang famoust kat sini ialah memancing.Maklumla dah almat pun Kuala,nak kata apa lagi.Kalau korang nak memancing jangala malu-malu datang kat Rumah Murah ni.Nak cakap banyak ikan pun tak berani,kalau nak tahu datangla sini test dulu.Tapi setakat nak layan mancing elok sangat la kat sini.
Untuk makluman semua, alamat yang sebetulnye ialah Rumah Rakyat Kuala Lukut,Bt 3,Jalan Seremban,71000 Port Dickson Negeri Sembilan.Gerakan Belia ini ditubuhkan pada awal tahun 80an.Masa zaman-zaman tu ahlinya seramai 30 ke 40 orang.
Masa tu nama persatuan "Pertubuhan Gerakan Belia 4B Rumah Rakyat Lukut".Tapi sekarang telah dituka r kepada "Persatuan Belia 4B Muara Lukut".Ahlinya seramai 25 ke 30 orang sahaja.Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa Persatuan Belia 4B Muara Lukut "

Pengerusi : En. Muhamad Irwan Bin Sidek
N/Pengerusi : En. Shahrulnizam Bin Hj Jamaludin
N/Pengerusi ( W ) : Cik, Rohaniza Bt. Ishak
Bendahari : En. Rozali Bin Ishak
Setiausaha : En. Haznizam Bin Khalid

Sejarah Pertubuhan Gerakan Belia 4B Rumah Murah Kuala Lukut

Friday, April 18, 2008

Thursday, April 17, 2008

Sejarah Gerakan Belia 4B Malaysia

Assalamualaikum,dan terima kasih diucapakan kepada pegunjung yang saya hormati.Terlebih dahulu izinkanlah saya menceritakan tentang tertubuhnya Gerakan Belia 4B Malaysia.Gerakan Belia 4B Malaysia adalah merupakan Cetusan idea dan ilham saudara Mohd. Kassim Shah, seorang guru di Sekolah Lelaki Methodist, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, selaku Pengerusi Ikatan Seni Budi yang bergabung dengan Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD) Kuala Lumpur.PTBD diwujudkan oleh kerajaan di setiap daerah seluruh negara di mana strukturnya tertumpu dalam satu-satu daerah dengan tujuan kesemua persatuan belia menyertai PTBD di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat sumbangan dan bantuan dari JKM untuk aktivitinya.

Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belia di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan beribu pejabat di no. 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketika itu Allahyarham Dato’ Engku Mohsin Abdul Kadir merupakan Menteri Muda KBS.Sebelum 4B, MAYC ditubuhkan untuk kepentingan penjajah agar pemimpin-pemimpin belia tidak terlibat dalam politik di mana ketika itu pemuda UMNO bersemangat memerdekakan negara.Tujuan kewujudan MAYC adalah sebagai badan gabungan seluruh belia yang ada di seluruh negara.Oleh kerana MAYC tidak mampu menarik belia-belia untuk menyertainya, pada Ogos 1964, KBS telah diwujudkan dan pada November 1965, KBS telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Chengmai, Bangkok, Thailand bertujuan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin belia negara ini meluaskan pengetahuan dari luar negara.

Program 11 hari tersebut, perwakilan dibawa melawat dan meninjau kegiatan-kegiatan pemimpin 4H Thailand di mana dari situ timbul satu kesedaran supaya pemimpin Malaysia memulakan satu aktiviti yang sama di tanah air sendiri.Pada 26 Disember 1965, satu pertemuan diadakan dengan YB Engku Mhsein Abdul Kadir, Menteri Muda KBS di ibu pejabatnya untuk mencadangkan mencontohi usaha pemimpin di Thailand.

Di pertemuan tersebut, YB Menteri Muda bersetuju agar belia-belia terutamanya di luar bandar menjayakan aktiviti dalam bidang pertanian, ternakan dan sebagainya bagi mengelakkan belia-belia berhijrah ke Bandar dan tidak menumpukan kegiatan kebudayaan semata-mata sahaja. Sokongan penuh dan dorongan YB Menteri Muda KBS di mana satu perubahan perlu ditekankan terhadap belia di negara ini supaya dapat ditonjolkan bagi menceburi aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil dan faedah untuk masa hadapan mereka. Terutamanya, bidang pertanian ,perternakan,perniagaan dan lain-lain di mana penglibatan belia dapat membantu kerajaan dalam pembangunan luar bandar. Belia-belia yang menganggotai PTBD diberi tugas dan tanggungjawab untuk memainkan peranan bagi menukar mentality dan cara hidup para belia supaya menjadi lebih kreatif dan berani menghadapi cabaran pada masa akan datang.


Artikel ini dirumuskan dari wikipedia